[VIDEO] Budak Perempuan Makan Roti Macam ‘Jagung’ Sebenar Ini Buat Ramai Terhibur
Aduhai dik.
Kebiasaannya, budak sekolah akan dibekalkan roti atau susu semasa pergi ke sekolah bukan?
Kalau tak pun, mereka akan diberikan wang saku untuk membeli makanan di kantin sekolah semasa rehat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan makan roti dengan cara tersendiri telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Makan roti perisa jagung macam makan jagung
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang duduk sambil menikmati makanannya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak itu dilihat makan roti Gardenia perisa jagung dengan unik. Dia kelihatan seperti seolah-olah sedang makan jagung. Ramai terhibur dengan gelagat budak itu.
"Effort ko makan roti jagung A+ dik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 350K tanda suka dan 10K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!