seismik

"Luar Kotak" - Budak Selamba Guna Ayam Hidup Nak Lukis Gambar Ini Buat Ramai Terhibur

Ya Allah dik.

Cover image via @cheajibsayang (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Budak-budak memang tidak boleh dipisah dengan hobi melukis dan mewarna

Apabila beri saja mereka pensel dan kertas, sudah pasti mereka teruja dan gembira sebab boleh melukis apa saja yang diimaginasikan. Namun, ada juga yang tidak pandai melukis dan menggunakan teknik tekap gambar untuk dilukis. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter yang memaparkan seorang budak perempuan menggunakan ayam hidup untuk menekap lukisannya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Orang lain tekap guna gambar, dia tekap guna ayam hidup

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang tekun melukis sebuah lukisan di atas meja. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menggunakan ayam hidup untuk menekap lukisan ayam di atas kertas. Kebiasaannya, orang akan menggunakan gambar ayam saja tetapi lain pula dengan budak perempuan itu. 

"Ayam tu ingat sakaratul maut dia dah sampai" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 410.3K views, 5K reposts dan 6K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Macam-macam idea kau dik! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: