seismik

[VIDEO] Sakit Terlantar Di Hospital, Pak Cik Setia Jaga Isterinya Ini Buat Ramai Terharu

Tak semua lelaki sama.

Cover image via @ceoinsecurities (TikTok) & smithsonianmag

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, warga emas kebiasaannya lebih cenderung diserang penyakit

Jika mereka sakit, sudah pasti pasangan atau anak-anak yang akan menjaga ibu bapa mereka di hospital atau di rumah. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pak cik setia menjaga isterinya di hospital telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ceoinsecurities

i’m the type of yang susah nak percaya lelaki. mindset i pun “ SEMUA LELAKI SAMA” but semuanya berubah bila i masuk hospital. i ditakdirkan untuk satu bilik dengan nenek ni and lagi satu makcik yang ada breast cancer. both of them memiliki lelaki yang setia yang sabar. even pakcik ni dah tua but dia still jaga isteri dia sakit , treat his wife like a princess takde sikit pun marah atau mengeluh jaga isteri dia. setia je dia jaga wife dia tinggal pun waktu solat je. and lagi sorang makcik yang sakit breast cancer pun sama memiliki 2 lelaki yang cukup hebat dan setia. even makcik tu ada cancer suami dia masih setia temani setiap saat takde sikit pun suami dia marah bila makcik tu mengeluh sakit. and last sekali allah buktikan lagi pada i bahawa lelaki yang baik tu ada i tengok anak lelaki makcik tu jaga ibu dia dengan penuh kasih sayang angkat ibu dia usap ibu dia.. suap ibu dia .. untung siapa jadi isteri dia nanti.. point i kat sini mungkin ada hikmah kenapa allah takdirkan i sebilik dengan dorang mungkin allah nak i sedar bahawa tak semua lelaki sama masih ada lelaki yang baik kat luar sana cuma i yang tak jumpa :) sesiapa pun makcik dan pakcik saya doakan kasih sayang antara pakcik dan makcik berkekalan hingga ke syurga #fyp #cintasampaisyurga #cintaiorangtua #lovestory #foryou

Separuh Aku - NOAH

Definisi cinta yang tulus, sentiasa di sisi menjaga pasangannya

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pak cik sedang menjaga isterinya yang sakit di hospital. Dipercayai, isterinya menghidapi penyakit kanser.

Apa yang membuatkan ramai terharu adalah apabila pak cik itu setia berada di sisi isterinya sambil menjaga dan merawat si isteri.

Gadis yang merakam gelagat dua pasangan warga emas itu tersedar bahawa bukan semua lelaki itu sama.

"I’m the type of yang susah nak percaya lelaki. Mindset i pun “ SEMUA LELAKI SAMA” but semuanya berubah bila i masuk hospital. I ditakdirkan untuk satu bilik dengan nenek ini and lagi satu makcik yang ada breast cancer. Both of them memiliki lelaki yang setia yang sabar, even pakcik ini dah tua but dia still jaga isteri dia sakit, treat his wife like a princess tak ada sikit pun marah atau mengeluh jaga isteri dia, setia je dia jaga wife dia tinggal pun waktu solat je." tulis gadis itu. 

"Lelaki yang akan setia dengan wanitanya hingga akhir hayat itu wujud!" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 957K tontonan, 143K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ada lagi lelaki setia yang wujud! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: