seismik

[VIDEO] Segan Nak Cakap Bahasa Melayu, Ini Jawapan Anak Muda Bila Ditanya Kenapa

Tapi mereka cuba cakap pun dah kira ok!

Cover image via @beritamediacorp (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Jika di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan kita

Oleh sebab itu, ramai yang dilihat boleh bercakap dalam bahasa Melayu tidak mengira kaum Cina, India atau Melayu. Semuanya fasih dan boleh berkomunikasi dengan baik. 

Namun, berbeza di negara Singapura, kaum Melayu di sana tidak begitu fasih bercakap bahasa Melayu seperti dalam video yang tular baru-baru ini di TikTok. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Anak muda di sana rasa segan nak cakap bahasa Melayu

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa individu ditemu bual oleh berita Mediacorp Singapura. Mereka dilihat berkongsi mengapa segan untuk berbahasa Melayu.

Antara sebab mereka segan bercakap bahasa Melayu adalah kerana mereka menganggap bahasa Melayu yang digunakan sangat teruk.

Ada juga yang kurang menggunakan bahasa Melayu dan menyebabkan mereka rasa tidak yakin dan takut jika salah cakap.

Sesetengah daripada mereka menggunakan bahasa Melayu apabila di rumah saja iaitu berbual dengan ibu, ayah, datuk dan nenek.

Disebabkan mereka dikelilingi dengan orang yang menggunakan bahasa Inggeris, sebab itu mereka rasa kekok dan malu apabila bercakap dalam bahasa Melayu. Namun, ada dalam kalangan mereka juga yang menggunakan bahasa Melayu sesama kawan Melayu.


"Entah la nyah, aku ngan member walaupun english ok, tapi lagi best bila gosip guna bahasa melayu. Cerita dia jadi lagi menarik, faham tak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 761K tontonan, 26K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik diaorang faham lah juga basic bahasa Melayu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: