seismik

Wanita Maut Selepas Sampai Garisan Penamat Masa Acara Lari Dalam Guni Ini Jadi Tumpuan

Innalillah.

Cover image via @indojatipos_video (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Negara Indonesia baru saja menyambut hari kemerdekaan pada 17 Ogos yang lalu

Sempena hari kemerdekaan, rakyat di sana mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukaneka untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita maut selepas menyertai acara lari dalam guni telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@indojatipos_video

Allfatihah..seorang Ibu rmah tangga di kerinci, Tamiai mengikuti lomba pacu karung terjatuh lalu..tutup usia. . Baca berita di indojatipos.com #hutri78 #indojatipos #indojatipos #kerinci #sungaipenuh #HUTRI78 #jambi

suara asli - Indojatipos - Indojatipos

Hembus nafas terakhir selepas sampai garisan penamat

Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa orang sedang berlumba dalam acara lari dalam guni. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila seorang wanita tiba-tiba jatuh dan pengsan di garisan penamat. Malangnya, dia meninggal dunia akibat serangan jantung. 

"Mungkin arwah jarang bersukan, tiba-tiba terus buat larian macam ni, mungkin degupan jantung terlalu laju" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 61K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Al-Fatihah buat arwah, semoga keluarga arwah dipermudahkan urusan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: