"Dia Yang Beria" - Isteri Hamil Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Teruk Ini Undang Tawa
Aduhai, ada juga yang macam ini ya.
Tidak dinafikan, ibu yang hamil akan mengalami alahan yang teruk
Ada yang mengidam makanan pelik, ada juga yang tidak boleh bau suami sendiri dan banyak lagi. Antara yang paling pelik adalah alahan itu akan transfer kepada si suami.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki mengalami alahan teruk kerana isterinya hamil telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tampal koyok kanan kiri kepala sebab dah tak tahan sakit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berkongsi keadaaan suaminya yang duduk di belakang kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila suaminya itu dilihat menampal koyok pada kanan dan kiri kepala disebabkan mabuk, mual dan pening kepala. Perkara itu berlaku disebabkan suaminya terkena alahan daripada isteri yang mengandung.
"Suami saya 2 orang anak mabuk sampai keluar masuk ward. Kita bersalin dia pun admit sekali" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 597K tontonan, 35K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!