seismik

“Sabar Jelah Kak” - Suami Rajin Nak Tolong Siang Ikan, Sekali Lain Pula Yang Jadinya

Dah tak ada rupa ikan.

Cover image via @nurainali_28 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siang ikan memang perlukan skil dan kesabaran yang tinggi

Kalau tak biasa, memang susah dan mencabar. Sebab itu, ramai yang suka beli ikan yang siap dengan perkhidmatan siang. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki membantu isterinya siang ikan tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@nurainali_28

Takpe suami .. Asalkan kau rajin .. bini pejam mata jee laa

Ini Parah Ni - A Kiil Mustafa

Tak sangka lepas siang rupa ikan jadi lain

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membantu isterinya di dapur.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki itu dilihat menyiang ikan yang baru dibeli bersama si isteri. Namun, ikan itu dilihat menjadi rupa lain selepas disiang.

"Takpe suami, asalkan kau rajin. Bini pejam mata je lah" tulis isterinya.

"Jangan tegur sis, biar je. Kalau tegur nanti dia tak nak buat dah" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 122K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik daging ikan tu ada lagi bang! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: