seismik

"Ingatkan Ayam" - Lelaki Selamatkan Labi-Labi Terbalik Dalam Parit Ini Jadi Perhatian

Kesian labi-labi tu.

Cover image via @acc_deleteee (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Labi-labi merupakan sejenis haiwan seperti kura-kura

Labi-labi mempunyai badan yang lebih besar berbanding kura-kura. Kebiasaannya, akan ditemui di parit atau sungai yang besar. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menyelamatkan labi-labi yang terbalik ini telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Mula-mula ingatkan ayam, sekali labi-labi terbalik

Menerusi video berkenaan, kelihatan badan seekor labi-labi terbalik di tengah parit tidak bergerak seolah-olah sedang meminta bantuan.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila datangnya seorang lelaki yang baik hati menolong labi-labi itu dan terbalikkan badannya Labi-labi itu kelihatan lega dan terus masuk ke sungai. Pada awalnya, labi-labi itu kelihatan seperti ayam daripada jauh.

"Labi labi: Weh kepala aku, kepala aku terseliuh" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 834K tontonan, 29K tanda suka dan 600 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Selamat juga labi-labi tu ya! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: