Tak Berhati Perut, Bayi Lelaki Dibuang Berdekatan Pusat Tahfiz Ini Buat Ramai Sebak
Kesiannya.
Tular di media sosial, seorang yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan di wakaf rehat di sebuah pusat tahfiz
Seorang lelaki terjumpa bayi itu dalam keadaan dibaluti selimut di Kampung Raja, Besut. Dipercayai lelaki itu sedang mengecat di dalam premis di pusat tahfiz itu pada pukul 8 pagi.
Lelaki itu terdengar bunyi tangisan bayi semasa melakukan kerja mengecat
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki itu terkejut semasa dengar bunyi tangisan bayi itu.
“Dia terkejut menjumpai bayi lelaki seberat kira-kira 2.6 kilogram (kg) diletakkan di dalam bekas plastik berwarna merah di kawasan wakaf rehat di luar premis pusat tahfiz.
Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum sepasukan polis ke lokasi berkenaan pada pukul 9.20 pagi,” katanya.Menurut sumber, bayi lelaki itu segera dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Besut untuk menerima rawatan.
Pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati bayi tersebut mengalami jangkitan kuman pada tali pusatnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!