Status Suami Orang, Ibu Bermanja Dengan Guru Kelas Anak Sendiri Ini Jadi Perhatian
Allahu.
Setiap pasangan kekasih sudah pasti akan mengalami pasang surutnya dalam rumah tangga
Oleh sebab itu, masing-masing sebagai suami atau isteri perlu memainkan peranan untuk mengukuhkan lagi ikatan rumah tangga itu.
Baru-baru ini, tular sebuah kisah yang memaparkan seorang wanita curang dengan guru anaknya itu telah mencuri tumpuan.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Kisah bermula apabila wanita bermanja dengan guru kelas anak sendiri yang berstatus suami orang
Menerusi posting berkenaan, kisah yang diceritakan ini merupakan kisah benar yang pernah berlaku.
Pada awalnya, wanita itu selalu bermesej dengan guru kelas anaknya yang merupakan seorang ustaz. Bermula sekadar bertanya pendapat dan meminta masihat sehinggalah berkasih sehingga sanggup curang dengan suami sendiri.
Wanita itu juga suka bermanja dengan ustaz tersebut sehingga ustaz itu terjatuh hati dan bersifat membandingkan isterinya di rumah. Dia berkata isterinya tidak semanja seperti wanita itu.
Perkara itu juga kantoi dengan suami wanita manja itu sehinggakan dia perlu berjumpa dengan si ustaz. Apabila ditanya kenapa isterinya, ustaz berkenaan menjawab "Sebab dia lembut. Selalu ceria dan positif. Isteri saya di rumah tak macam ni.”
Difahamkan, kedua-dua buah keluarga dan rumah tangga itu telah runtuh kerana masing-masing bercerai dengan pasangan mereka.
Lihat posting sepenuhnya di bawah:
"Benar, ini berlaku di alam realiti. Hanya kerana kemanjaan yang tersalah alamat dan si lelaki yang melayan, dua rumah tangga runtuh" - Netizen
Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 2K tanda suka, 189 komen dan 2K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!