seismik

Mulut Suami Bau Bangkai, Si Isteri Mengadu Dekat Netizen Minta Cara Nak Hilangkan

Hmm, apa puncanya ya?

Cover image via Halodoc & @twtsecretsmy (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Hubungan suami isteri sudah tentu ada pasang surutnya

Apabila lama dalam perkahwinan itu, suami atau isteri perlu memainkan peranan untuk mengekalkan hubungan romantis. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan seorang isteri mengadu tentang suaminya telah mencuri tumpuan. 

Lihat posting itu di bawah: 

Mulut suami bau busuk sampai isteri tak tahan

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan sedihnya melalui tweet confession di Twitter. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia mengadu mulut suaminya berbau. Dia sampai terasa nak muntah apabila ingin bercium ataupun sekadar bercakap. Suaminya tidak merokok dan juga berus gigi setiap masa. Scaling juga tidak tinggal.

Si isteri sampai buntu tak tahu macam mana cara nak hilangkan bau mulut suaminya.   

Gambar sekadar hiasan.

Image via HaloDoc

"Kena check up dengan ENT. Haritu ada org share punca mulut bau busuk tu mungkin sebab ada ketulan darah ke daging ke apa entah yang rotten dan tersumbat dalam saluran ENT tu. Better you invest duit kat medical treatment macam ni" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.2M views, 618 reposts dan 1K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Agak-agak, apa puncanya ya?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: