"Memang Gifted" - Nak Belajar Bahasa Tamil, Budak Pandai 4 Bahasa Ini Buat Ramai Kagum
Salute dik!
Belajar bahasa asing yang lain sudah menjadi perkara biasa zaman sekarang
Iyalah, ia mendatangkan pelbagai manfaat dari segi komunikasi. Bukan saja faham dengan arahan atau perbualan, malah boleh bercakap dalam banyak bahasa.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil yang belajar bahasa Tamil telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak yang minta belajar bahasa Tamil
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang berkongsi gelagat anaknya yang pandai bercakap dalam empat bahasa iaitu, bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak itu dilihat nak belajar bahasa Tamil walaupun dah kuasai tiga bahasa lain. Bahasa Cina juga telah dipelajari namun tidak dikuasi sepenuhnya lagi.
Tambahan lagi, budak itu dilihat pandai menulis dan membaca aksara bahasa Tamil yang membuatkan ramai kagum.
"Wow sangat pandai, memang betul apa yang dia baca tu, boleh hantar tuition class tamil puan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 496K tontonan, 25K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!