"Tak Hilang Bau" - Buat Pes Tempoyak Durian, Sekali Meletup Pula Sampai Kena Satu Dapur
Hmm, jenuh nak cuci.
Tempoyak diperbuat daripada isi buah durian
Kebiasaannya, tempoyak akan dimasak dalam gulai ikan patin atau dijadikan sambal. Buah durian yang dijadikan tempoyak perlu diperam dulu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu membuat pes tempoyak tetapi meletup pula telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat sekali banyak, tak sangka pula meletup sampai bersepah dapur
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu merakam situasi dapurnya yang sangat bersepah dan kotor.
Apa yang lebih mengejutkan adalah pes tempoyak yang baru dibuatnya itu tiba-tiba meletup sehingga dapurnya bersepah dengan pes tempoyak. Dapat dilihat barang dan peralatan dapur juga kotor disebabkan letupan tempoyak.
"Kalau nak buat tempoyak jangan isi penuh sangat durian kan ada gas" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 83K tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!