seismik

[VIDEO] Ramai Pelik Dengan Wanita Ambil Semula Bungkusan Sumbangan Selepas Bergambar Ini

Hm, betul ke ni?

Cover image via @nessaalifah4315 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Kebiasaannya, sumbangan akan dihulurkan untuk orang yang kurang berkemampuan

Pelbagai jenis sumbangan seperti barang keperluan harian, makanan dan sebagainya dihulurkan buat mereka yang memerlukan. Sudah semestinya, ada organisasi atau badan yang menyediakan barangan ini untuk diagihkan. 

Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video di TikTok yang memaparkan wanita menghulurkan bantuan dan kemudian diambil semula ini telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Bergambar tanda dah hulur bantuan, tapi ambil balik sumbangan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menghantar sumbangan kepada seorang nenek. 

Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila wanita itu meminta nenek tersebut bergambar dengan bungkusan itu. Tetapi pada akhirnya setelah selesai bergambar, bungkusan itu diambil semula oleh wanita tersebut. 

Ramai pelik sama ada nenek itu menerima sumbangan yang dihulurkan atau tidak. 

"Macam kosong juga pun ada bungkusan tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 642K tontonan, 11K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Harap-harapnya nenek ini memang dah dapat sumbangan dia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: