seismik

Gadis Selamba Sambut Birthday Bridesmaid Dekat Majlis Kahwin Orang Ini Undang Kecaman

Ingat tu majlis dia ke?

Cover image via @wtforganizer (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis persandingan merupakan majlis yang takkan dilupakan oleh pasangan pengantin

Iyalah, banyak duit sudah berhabis untuk majlis yang dijalankan. Sudah pastinya, majlis perkahwinan yang dilakukan sudah menjadi seperti apa yang diimpikan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan bridesmaid pengantin saja buat prank telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Selamba pengsan atas pelamin, rupa-rupanya prank

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi sedang memaparkan majlis persandingan antara pasangan mempelai. 

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila salah seorang bridesmaid pengsan di atas pelamin. Rupa-rupanya ia adalah prank saja untuk menyambut hari kelahiran salah seorang lagi rakannya yang juga merupakan bridesmaid pengantin itu. 

Ramai pula mengecam tindakan yang tidak patut itu kerana majlis itu bukanlah untuk mereka tetapi untuk pengantin. Pengantin lelaki juga kelihatan tak selesa dan riak wajahnya kelihatan tak puas hati. 

"Sebab tu pentingnya berkawan dengan kawan yang berkualiti. Yang boleh fikir mana patut mana tak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.2M views, 6K reposts dan 10K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Hancurlah majlis kahwin kalau macam ni.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: