seismik

Lelaki Menyamar Jadi Wanita, Siap Pakai Jubah & Niqab Masuk Surau Ini Terima Kecaman

Bahaya betul!

Cover image via @miftahonchannel (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Surau wanita merupakan tempat ibadah buat kaum Muslimin

Ia juga merupakan satu tempat yang selamat kerana semuanya dalam kalangan wanita. Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang menggemparkan. 

Video tersebut memaparkan seorang lelaki kantoi menyamar jadi seorang wanita telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Tindakan seorang wanita berjubah siap berniqab mencurigakan

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita merakam tindakan seorang yang mencurigakan di surau wanita. 

Pada awalnya, wanita itu dilihat ingin pergi ke tandas untuk menukar pakaian. Tetapi disebabkan tandas penuh, dia pergi ke surau wanita. Namun, sedang dia berjalan ada seorang wanita berjubah dan berniqab mengikutinya sehingga masuk ke surau. 

Dia syak yang wanita itu bukan wanita sebenar, rupa-rupanya setelah melaporkan kepada beberapa orang di situ, wanita berjubah itu sebenarnya seorang lelaki. Lebih mengejutkan lagi, lelaki itu telah melihat wanita itu menukar pakaian di surau. 

"Ya Allah sakitnya hati, dia punya menjaga macam tu senang-senang je laki tu dapat tengok. Mesti trauma and akan selalu teringat-ingat je" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 8M tontonan, 441K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bahaya betul, kesian akak tu sampai menangis ketakutan :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: