seismik

[VIDEO] Tunggu Depan Pintu Masjid, Budak Lelaki Rajin Susun Kasut Ini Jadi Perhatian

Netizen puji didikan mak ayahnya.

Cover image via @ee_ynwa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sesiapa yang masuk ke masjid sudah pasti akan menanggalkan kasut atau selipar bukan?

Namun, kadangkala kita hanya menanggalkan dan biarkan selipar itu di luar saja. Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki rajin menyusun selipar jemaah masjid telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ee_ynwa

budak zaman sekarang,kejadian berlaku di masjid jarang² sekali kita jumpa,pernah dgr ustaz² kata nak hilang kan sombong bangga diri cuci tandas masjid susun kasut masjid #masjid #fyp

original sound - Pse smart - Pse smart

Tunggu dekat luar sambil susun selipar orang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki berbaju biru muda sedang duduk di luar masjid. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak lelaki itu dilihat menyusun selipar setiap orang yang datang ke masjid itu. Selipar yang disusun sangat kemas dan tidak bersepah. Ramai kagum dengan tindakannya. Malah, netizen siap memuji didikan ibu ayahnya. 

"Anak yang hebat lahir dari ibu ayah yang hebat. Moga terus istiqamah ya adik berbuat kebaikan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 557K tontonan, 44K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagus betul dia ni, sejuk hati mak ayah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: