seismik

Buat Salah Pun Masih Diusap, Ramai 'Geram' Dengan Perangai Kucing Duduk Atas Kereta Ini

Diva betul ya kucing tu.

Cover image via @ern_eindee (X)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kucing semestinya merupakan haiwan peliharaan yang digemari ramai

Iyalah, kucing bukan saja comel malah banyak telatah yang dilakukan itu sangat menggeramkan tuannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang mamaparkan seekor kucing selamba duduk atas kereta bergerak telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak gelabah dan tenang duduk atas kereta

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang merekod situasi di jalan raya pada ketika itu. 

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia ternampak seekor kucing berada di atas kereta kuning yang sedang berjalan. Kucing itu kelihatan tenang duduk dan enjoy saja di atas kereta itu. 

Malah, tuannya dan yang lain dah gelabah dan risaukan kucing itu. Selepas diberitahu, tuannya itu mengambil kucing tersebut daripada kereta sambil mengusapnya. 

Image via @ern_eindee (X)

"Tengoklah kucing tu dah buat salah masih diusap-usap. Cuba kalau kita yang tertinggal atas bumbung, tak kena ketuk kepala kena piat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 435K views, 4K reposts dan 6K likes di X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di X:

Image via @ern_eindee (X)
Image via @ern_eindee (X)
Image via @ern_eindee (X)
Image via @ern_eindee (X)

Kucing ni pun, selamba je ya! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: