Tolong Nenek Turun Tangga Siap Hulur Tangan, Ramai Cair Tengok Gelagat Si Cilik Ini
Awh, pandainya dia.
Memiliki anak semestinya akan menceriakan lagi suasana rumah
Tambahan lagi, kalau ada atuk dan nenek sekali di rumah, confirm riuh dibuatnya. Kebiasaannya, nenek atau atuk memang suka bermain dengan cucu mereka bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil membantu neneknya turun tangga telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tolong nenek siap hulur tangan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil dan neneknya sedang berada di rumah mereka.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si kecil itu dilihat menghulurkan bantuan kepada neneknya yang ingin turun tangga. Ramai cair tengok gelagatnya menghulurkan tangan nak pegang tangan nenek turun tangga sekali.
"Sweetnya awak, dah besar nanti mesti gentleman" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 9M tontonan, 1M tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!