5 Beranak Naik Motor Dari Temerloh Ke Terengganu, 'Posting' Lelaki Ini Buat Ramai Sebak
Dah lah waktu tu hujan pula :(
Setiap orang sudah pasti akan berkorban demi keluarga
Ada orang yang perlu kerja di tempat jauh demi menyara keluarga, ada juga yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebelum sampai ke tempat kerja.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini di Facebook yang memaparkan sebuah keluarga terpaksa menaiki motor sejauh 291km untuk mencari rezeki telah mencuri tumpuan.
Lihat posting itu di bawah:
Terpaksa travel jauh dengan 3 beranak untuk cari rezeki
Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang penunggang motosikal terserempak dengan sebuah keluarga di lebuh raya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila keluarga seramai lima orang itu menunggang sebuah motosikal dari Temerloh ke Kuala Terengganu. Si ibu dilihat mendukung bayinya sepanjang perjalanan.
Lelaki tersebut mempelawa keluarga itu agar anak-anak mereka menaiki motosikalnya namun ditolak dengan senyuman. Namun disebabkan risau tentang keselamatan kerana cuaca yang tak menentu, lelaki tersebut mengekori mereka sekeluarga dengan jarak jauh.
"Kita hidup kena bersyukur, aku ingat aku je yang susah, tapi ada lagi yang hidup susah seperti itu, Allahuakbar sedih tengok keadaan gitu" - Netizen
Suuslan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 4K tanda suka, 600 komen dan 900 kongsian di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut merupakan antara komen menarik netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!