seismik

[VIDEO] 4 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sebak Isteri Meninggal Ketika Sarat Mengandung

Ajal dan maut di tangan Tuhan.

Cover image via mStar & mrwancaiofficial77 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, setiap pasangan sudah pasti menginginkan zuriat atau keturunan masing-masing dalam keluarga

Namun, tidak semua pasangan berjaya untuk memiliki zuriat atau keturunan. Bagi beberapa pasangan, perjuangan untuk memiliki zuriat penuh dengan onak dan duri yang mereka perlu tempuhi.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita hamil meninggal dunia akibat sesak nafas telah mencuri tumpuan,

Lihat video penuh di bawah:

@mrwancaiofficial77 Berpisah Dengan Insan Tersayang Terlalu Sakit Untuk Di Terima InshaAllah Video Penuh Pengurusan Ibu Muda Ini Akan Saya Kongsikan Petang Nanti. #IbuMudaSyahidBersamaAnak Dawai - Fadhilah Intan

Wanita dan kandungannya tak dapat diselamatkan

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu bersama ahli keluarganya tidak dapat berkata apa-apa dan hanya mengalirkan air mata kerana isteri tercinta menghembuskan nafas terakhir.

Menurut sumber, kakak ipar arwah Nor Ezaty, arwah ada mengatakan yang dia penat, nak rehat dekat rumah dulu sebab tak sedap badan selepas satu hari perjalanan.

“Suami dia pun urut dan tepuk-tepuk sikit dekat bahagian tengkuk dan lepas tu arwah cakap okey sikit. Kemudian, suami dia ada hubungi saya minta datang tengokkan isteri”
 katanya.

Kemudian, pihak keluarga bergegas menghubungi talain kecemasan untuk menyelamatkan ibu dan kandungannya. Namun, mereka berdua tidak dapat diselamatkan.

“Kami telefon ambulans suruh datang. Mereka buat CPR (bantuan pernafasan) Masa tu baby masih okay tapi mak dia dah tak ada.

“Tapi apabila dah sampai hospital, doktor beritahu baby dia pun meninggal”
katanya.

Difahamkan arwah dijadual untuk melahirkan anak sulung pada 23 November depan.

Image via mStar

"Tenanglah kak Zaty dengan baby Amanda"- Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.3M views, 4K reposts dan 83.8K likes di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan para syuhada <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: