seismik

Gagak Mirip Burung Ababil Serang Dron Dipercayai Milik Israel Cetus Tanda Tanya Ramai

Bijak betul ya burung gagak tu.

Cover image via NEWS & Sindonews

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Burung gagak terkenal kerana kecerdasannya yang tinggi dan memiliki kemampuan yang luar biasa dalam menyelesaikan masalah

Selain itu, burung gagak juga mampu untuk mengenali dan mengingati wajah manusia. Jika terdapat manusia yang mengganggu, mereka akan membalas dendam.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seekor burung gagak bertindak dengan menyerang dron pengintai dipercayai milik Israel telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh di bawah:

@shah.ahmad77

Burung Gagak Jatuhkan Drone Yahudi Kisah Abrahah, Tentera Bergajah & Burung Ababil Berulang Al Quran Surah Al Fil

bunyi asal - Shah Ahmad

Dron dilihat cuba dijatuhkan burung gagak

Menerusi video tersebut, kelihatan seekor burung gagak menghampiri sebuah dron yang dipercayai dimiliki oleh tentera zionis.

Tindakan burung gagak tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana sehingga ada yang mengibaratkan ia seperti burung Ababil.

"Allahuakbar. Tentera Allah dah muncul. Sama berjuang kerana Allah Taala. Amin" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 105K views, 2K likes dan 100 shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen:

Apa-apa pun kita doa yang baik-baik semoga dijauhkan daripada segala bala :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: