seismik

Naim Daniel Dakwa dUCk 'Opportunist' Buat Shawl Bendera Palestin, Ini Kenyataan Vivy Yusof

Pemilik jenama dUCk itu tampil memberi penjelasan terhadap beberapa isu yang dibangkitkan.

Cover image via WilayahKu & @theduckgroup (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular dan kecoh di media sosial apabila seorang usahawan terkemuka mengeluarkan koleksi produk bertemakan Palestin baru-baru ini

Ekoran itu, seorang pengguna di laman X telah memuat naik beberapa gambar koleksi produk dUCk dengan caption "WOW!! dUCK sungguh PANTAS DAN TUNTAS!" dan telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya negatif.

Tetapi apa yang lebih mendapat perhatian adalah apabila penyanyi terkena membuat kicauan di laman X dengan menyebut “Sama sahaja dengan Israel. Dua-dua suka ambil kesempatan,” tulisnya.

Sebahagian netizen juga mendakwa bahawa beliau sepertinya 'opportunist' atau mahu mengambil kesempatan ke atas konflik yang berlaku di Palestin ketika ini.

Naim Daniel juga menyifatkan tindakan Vivy Yusof yang mengeluarkan produk pakaian dan barangan eksesori bertemakan Palestin sebagai mengambil kesempatan atas penderitaan rakyat itu.

Dia berpendapat penjualan barangan di bawah jenama dUCk itu adalah tidak sensitif dan bercanggah dengan konflik yang sedang dialami rakyat Palestin.

Vivy Yusof tampil beri penjelasan mengenai isu yang timbul

Begitupun, pemilik jenama dUCk, Vivy Yusof kini tampil memberi penjelasan terhadap beberapa isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak terhadap penjualan koleksi tudung dan aksesori terbaharunya itu.

Menerusi IG story, beliau memaklumkan bahawa syarikat itu sama sekali tidak akan mengambil sebarang duit yang diterima menerusi koleksi dUCk Palestin.

Seterusnya, beliau turut memperkenalkan semula koleksi khas ini disebabkan atas permintaan orang ramai yang mahu memakainya sebagai tanda solidariti kepada Palestin.

Beliau memberitahu bahawa tiada pembayaran balik cukai dengan jualan amal yang dibuat menerusi koleksi dUCK Palestin.Perkara ini boleh disahkan bersama Viva Palestina Malaysia sendiri.

Malah dengan mereka memakainya, ia boleh menambah kesedaran berhubung konflik yang berlaku di sana dan memberi sokongan kepada Palestin. Secara tidak langsung, pihak dUCk boleh menyebarkan kesedaran dengan medium sebegini tanpa mengambil sebarang keuntungan.

Akhir sekali, beliau juga menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan bantuan secara terus kepada NGO yang dipercayai. Malah, pihak dUCk ada menyediakan maklumat akaun bank NGO berkaitan untuk pengguna maya berbuat sedemikian.

Hasil semakan SEISMIK di laman rasmi media sosial NGO berkenaan juga mendapati pihak VPM turut mendedahkan bahawa Vivy Yusof bersama dUCk berjaya mengutip sumbangan sebanyak lebih RM2.3 juta untuk membantu rakyat Palestin.

Kesemua keuntungan akan disalurkan terus ke organisasi bukan kerajaan (NGO), Viva Palestina Malaysia (VPM) bagi membantu berkaitan hospital, bekalan perubatan, tempat perlindungan dan makanan di sana.

Sebagai rekod, ketika ini jenama Duck memperkenalkan shawl, mug dan juga beg tangan yang diilhamkan daripada bendera Palestin.

Dalam perkembangan lain, Israel telah menyerang Gaza dengan serangan udara dan tembakan artileri yang meragut sekurang-kurangnya 2,269 nyawa termasuk 724 kanak-kanak di kawasan Palestin yang disekat sejak perang diumumkan minggu lalu setakat ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: