seismik

Sanggup Korbankan Kerjaya & Tolak Tawaran Belajar Demi Jaga Bapa Sakit

Mulia sungguh hati pemuda ni.

Cover image via gemux_official (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ibu bapa merupakan insan yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan anak-anak. Tetapi bagaimana pula dengan anak-anak?

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan, seorang pemuda menyuapkan makanan kepada bapanya yang kelihatan sakit dengan penuh kasih sayang.

Lihat video penuh di bawah:

@gemux_official kekurang itu berada di semua manusia jangan cari yang sempurna kerna yang sempurna datang Dari Allah s.w.t #fyp#allahsayang original sound - GMX

"Video ni menjadi saksi sebagai bukti untuk abang bila disoal Allah di akhirat apa kebaikan abang di atas muka bumi" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, sehingga kini ia telah meraih sehingga 602K views, 49.7K likes dan 2K shares.

Komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut adalah antara komen-komen netizen:

Sanggup tolak tawaran belajar untuk jaga bapa

Menurut sumber, difahamkan pemuda yang bernama Abdul Muqmin Mazni berkata bahawa dia sanggup untuk mengorbankan kerjaya dan tawaran belajar yang diperolehinya demi menjaga bapanya yang sakit.

Muqmin memberitahu bahawa bapanya yang berusia 56 tahun itu telah diserang strok dan menghidap penyakit darah tinggi pada sejak tahun 2016 lagi.

Oleh itu, doktor menyarankan bapanya untuk menjalani pembedahan segera. Bagaimanapun selepas pembedahan, doktor memberitahu bahawa bapanya sudah lumpuh dan tiada lagi harapan untuk sembuh kerana ia melibatkan kerosakan saraf.

Muqmin juga berkata ibunya telah meninggal dunia akibat kanser payudara. Kini, dia dan kakak sulungnya yang bekerja sebagai kerani sahaja yang tinggal bersama ayah mereka di Terengganu.

Muqmin terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai juruteknik di SME Aerospace dan melepaskan peluang tawaran belajar dalam bidang perkapalan demi pulang ke kampung untuk menjaga bapanya.

"Saya buat video di TikTok adalah untuk memberi inspirasi kepada mereka yang senasib dengan saya di luar sana. Saya ingin mereka tahu mereka tidak keseorangan," kata Muqmin. 


Semoga awak berjaya dunia dan akhirat dik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: