seismik

#Bajet2024: Kakitangan Awam Bakal Terima Bonus Sehingga RM2,000 Daripada Kerajaan

Tahniah buat penjawat awam dan pesara!

Cover image via PARLIMEN MALAYSIA & UPM

Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ketika sesi pembentangan Bajet 2024 hari ini. 

Jelas beliau, kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Tambahan lagi, sementara menunggu Kajian ini lengkap, sukacita dimaklumkan, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak 2,000 ringgit Malaysia kepada semua penjawam awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan 1,000 ringigit Malaysia kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Bayaran insentif 1,000 ringgi Malaysia turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Bayaran ini akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persendirian persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: