seismik

#Bajet2024: Rebat Sehingga RM2,400 Diberikan Untuk Pembelian Motosikal Elektrik

Alhamdulillah, syukur.

Cover image via PARLIMEN MALAYSIA & ProductNation

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Kerajaan akan terus melonjak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap penggunaan EV.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pembentangan Bajet 2024 hari ini.

Jelas beliau, kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi 170 juta ringgit oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV.

Bagi menggalakkan penggunaan motosikal elektrik, kerajaan memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan 120 ribu ke bawah. Skim ini akan memberikan rebat sehingga RM2,400 ringgit kepada pembeli.

Selain itu, bagi menyokong keperluan projek LRT3, Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina 3 depoh bas dengan kos 600 juta ringgit Malaysia.

"Kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi," katanya.


Image via Wap Car

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: