seismik

Israel Minta Amerika Syarikat Salur Dana Bantuan RM47 Bilion Untuk Tumpaskan Palestin

Allahuakbar. Semoga rakyat Palestin sentiasa di bawah lindungan-Nya.

Cover image via VOI & Harakah Daily

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Israel telah meminta bantuan kecemasan daripada Amerika Syarikat (AS) sebanyak AS$10 bilion (RM47 bilion) bagi menampung misi ketenteraan mereka

Menurut sumber, pakej bantuan itu kini sedang disusun dalam rang undang-undang oleh Kongres dengan penyelarasan akan dibuat oleh Rumah Putih.

Rang undang-undang itu termasuk dana yang diminta oleh pentadbiran Joe Biden untuk Ukraine, Taiwan dan sempadan AS-Mexico.

AS nekad untuk menguatkan ketenteraan Israel dengan peluru 155 milimeter, peluru gantian untuk sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome, bom berpandu ketepatan dan kit JDAM

Image via Harakah Daily

Seluruh dunia sedia maklum, Israel kini sedang melancarkan kempen udara besar-besaran di Semenanjung Gaza dan menyebabkan kematian ratusan rakyat Palestin pagi tadi.

Gaza pula kini sedang mengalami krisis kemanusiaan dengan kehabisan bekalan elektrik, air, makanan, bahan api dan perubatan. 

Perang di antara dua negara ini bermula apabila Hamas pada 7 Oktober memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa, satu serangan mengejut ke Israel. Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di Semenanjung Gaza yang menyebabkan kira-kira 3,000 penduduk Gaza terkorban.

Setakat ini, 2,808 rakyat Palestin, termasuk 750 kanak-kanak telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: