seismik

[VIDEO] Gelagat Budak Perempuan Makan Ubat Ini Buat Ramai Gigih Tunggu Sampai Habis

Tak apa dik, admin faham perasaan awak.

Cover image via @arinaazahar_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kecil lagi, ramai dalam kalangan kita yang takut untuk makan ubat kerana rasanya yang pahit dan tak sedap itu bukan?

Macam-macam ragam yang keluar bila tiba masanya untuk makan ubat. Ibu bapa kitalah yang menahan sabar dengan kerenah anak-anak. 

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang budak perempuan yang takut untuk makan ubat telah membuatkan ramai terhibur.

Cuba tenangkan diri sebelum makan ubat, siap bagi motivasi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @arinaazahar_, kelihatan budak perempuan itu sedang duduk di meja makan sambil disuruh makan ubat oleh ibunya.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia yang tidak suka makan ubat beberapa kali cuba memujuk dirinya dengan memberikan kata-kata motivasi.

"Okay, okay! Berjaya, berjaya! Kakak kuat, satu lagi satu lagi. Saya berjaya!" katanya.

"Dik bukan kamu je berjaya, ibu kamu pun berjaya sabar nak tunggu drama kamu habiskan ubat tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah mencecah 3M views, 114.9K likes dan 20.4K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terhibur dengan gelagatnya. Malah, ramai yang boleh relate dengan budak itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tahniah dik, awak berjaya! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: