seismik

Video Wanita OKU Masak Burger Ini Cecah Sampai 13.9 Juta Tontonan Di TikTok. Murah Rezeki!

"Masih kah kita belum bersyukur?" - Netizen.

Cover image via @jaheerahnadzri94 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang wanita yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) telah meraih perhatian ramai di TikTok gara-gara videonya masak burger tular

Menurut sumber, Jaheerah Nadzri, 29, yang mesra dengan panggilan Eerah itu kini popular di aplikasi TikTok dengan mempunyai hampir 540,000 pengikut.

Kekurangan diri bukan penghalang buat Eerah berkongsi aktiviti hariannya sebagai penjual burger. Dia yang menghadapi masalah pembelajaran mula aktif dalam perniagaan apabila menjana pendapatan sendiri dengan menjual kudapan cornflakes madu dan kini aktif membuka gerai burger di Kota Warisan Sepang.

Video masak burger cecah hampir 14 juta, ramai kagum dengan kegigihan Eerah mencari rezeki tanpa mengharapkan ehsan orang

Bapanya, Nadzri berkata, dia sememangnya menggalakkan anaknya untuk bekerja sendiri berbanding bekerja dengan orang kerana lebih tahu tahap keupayaan anaknya itu.

Eerah merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan merupakan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga menyebabkan bapanya sangat menjaga keperluan puterinya itu.

"Dia tidak pernah makan gaji sebab tiada kelulusan tapi yang utama disebabkan keadaan fizikalnya yang memerlukan bantuan orang sekeliling.

"Susah untuk lepaskan dia bekerja kerana dia tidak boleh buat kerja berat, itu sebab saya tidak benarkan dia bekerja dengan orang kerana saya tahu kemampuannya," katanya.

Image via Sinar Harian

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar perniagaan diusahakan wanita tersebut terus berjaya

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bisnes semakin sukses ya! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: