Baru 13 Tahun Dah Pandai Buat Kerja-Kerja Kampung, Mak-Mak Dah Lock Buat Menantu!
Alhamdulillah. Hasil didikan ibu bapa yang bagus.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, ramai remaja yang hanya meluangkan masa di rumah dengan bermain gajet atau menonton televisyen selepas habis waktu persekolahan
Namun, ada juga yang sejak kecil sudah rajin membantu ibu bapa terutamanya yang bekerja di kawasan pedalaman demi meringankan bebanan keluarga.
Seperti seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ini yang mendapat perhatian media kerana mahir melakukan pelbagai kerja kampung termasuklah memotong rumput dan mengait buah kelapa.
Suka berdikari dan banyak habiskan masa dengan membuat kerja kampung
Menurut sumber, seorang wanita memuat naik video adiknya, Muhammad Nur Hakim Ahmad Zailani, 13, yang serba boleh dalam melakukan kerja kampung.
Remaja lelaki itu dilihat mahir melakukan bermacam kerja antaranya mengemudi perahu, menjala ikan, mengikat ketam, ambil upah memotong rumput, mengait buah kelapa sawit dan memancing.
Ternyata, perkongsian tersebut membuatkan ramai kagum kerana dia tidak seperti remaja seusianya yang banyak menghabiskan masa dengan gajet.
"Adik saya memang rajin kerana kalau tak ikut ayah yang memandu lori, dia akan buat kerja kampung. Kerja rumah pun dia rajin buat malah emak tak perlu pergi pasar kerana adik ringan tulang dan jenis budak yang boleh disuruh.
"Kebiasaannya, saya yang akan menemaninya untuk pantau dan sambil itu ambil gambar juga videonya. Ikutkan, adik memang lasak malah di sekolah dia aktif bersukan tetapi kerja itu semua dilakukan pada hujung minggu saja jadi tak ganggu waktu persekolahannya," katanya.
Sebagai kakak, dia kagum melihat kebolehan adiknya walaupun orang luar mungkin menganggap ia perkara biasa.
"Disebabkan itu, saya muat naik videonya di TikTok kerana saja nak simpan untuk buat kenang-kenangan. Tak sangka video itu meraih tontonan tinggi dengan rata- ratanya memuji adik serta beri komen positif," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!