seismik

Gadis Ini Kongsi Gaji Petik Tomato Di New Zealand Boleh Cecah Sampai RM11K Sebulan. Wow!

Bukan biasa-biasa level gaji dia.

Cover image via @sis_kayy (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dapat bekerja di luar negara sebenarnya merupakan rezeki dan peluang yang sangat bermakna bagi sesetengah orang

Iyalah, peluang pekerjaan di Malaysia kini semakin sukar kerana perlu bersaing dengan ramai graduan lepasan universiti yang hebat-hebat.

Apa salahnya jika kita mencuba nasib untuk bekerja di negara orang pula kan. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Betul tak?

Baru-baru ini, seorang gadis berkongsi pengalamannya bekerja sebagai pemetik tomato di New Zealand mampu meraih gaji sehingga RM11,000 telah berjaya mendapat perhatian warganet.

Tak sangka kerja petik tomato boleh dapat gaji lebih RM11,000 dalam masa sebulan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sis_kayy, kelihatan gadis Iban itu berkongsi rutin hariannya sebagai pemetik tomato di sebuah ladang yang terletak di New Zealand.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia meletakkan pengiraan gajinya di dalam video tersebut.

Menurut gadis itu, gaji hariannya dibayar minimum RM63.14 sejam. Setelah membuat kira-kira, gaji bulanannya boleh mencecah sehingga RM11,364 sebulan. Harga gaji tersebut tidak termasuk tax deduction dan 8% holiday pay.

Lihat video itu di bawah:

@sis_kayy

Sharing my journey as a Malaysian who work at Tomato Glasshouse farm . I put minimum pay 22.70nzd as reference but some of the worker get paid above that #workingholidaynewzealand #workingholiday #workingholidayvisa #fyp #malaysianinnewzealand #whvnewzealand

vlog, chill out, calm daily life(1370843) - SUNNY HOOD STUDIO
@sis_kayy

Short snippets of our activity as WHVer . Done for our Day 1 working in tomato farm! It was fun #whvnewzealand #workingholidayvisa #workingholidayvisanewzealand #fyp #fyp

original sound - Kay’s WHV New Zealand Journey - Kay in NZ

Alhamdulillah, seronok tengok muda-muda dah bergaji tinggi. Rezeki awak sis! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: