seismik

Ramai Puas Hati Hamas Hadiahkan Bom 'Geli-Geli' Buat Zionis - "Baru Ada Akal!"

Hamas baru nak usik sikit je tu, rasakan!

Cover image via @ellmartt8888 (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, satu rakaman drone dipercayai milik Hamas telah tular di laman X yang mana menunjukkan insiden letusan bom kecil terhadap tentera Israel yang sedang berkumpul di sebuah kawasan lapang

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @ellmartt8888, kelihatan sekumpulan tentera Zionis sedang berkumpul dengan membuat bulatan di tepi kawasan beberapa bangunan yang sudah hancur di Gaza.

Rakaman berdurasi satu minit itu telah diambil daripada drone milik Hamas. Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila sebiji bom kecil dijatuhkan berhampiran tentera IDF itu dan membuatkan mereka lari bertempiaran kerana terkejut.

"Kalau bagi 3 biji bom tu confirm rata. Nampak kecik & macam tak tepat, tapi 3 ke 4 org juga la tumbang tu. Terbaik Hamas!" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 185.4K views, 2.7K likes dan 1.9K reposts, warganet turut memberikan reaksi puas hati dengan tindakan Hamas.

Malah, ramai mengutuk tentera Zionis yang lari bertempiaran apabila 'diusik' dengan sebiji bom kecil. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan bom mereka yang telah membunuh ribuan nyawa itu.

Berikut adalah antara komen daripada warganet di laman X:

Lihat video itu di bawah:

Baru macam ni dah menggelabah. Semoga segalanya dipermudahkan buat pejuang agama Islam di tanah Palestin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: