Lagi Penipuan Israel Kantoi, Doktor Tampil Dedahkan 'Gigi' Mangsa Kanak-Kanak Ini Fake!
Sampai bila nak menipu seluruh dunia?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap hari, ada saja media barat melaporkan bukti rakyat Israel yang kononnya diserang teruk oleh Hamas dengan menyebarkan gambar-gambar tipu di media sosial seluruh dunia
Antara gambar yang menjadi tular di laman X dan kantoi ia adalah tipu adalah seperti darah berlumuran di atas lantai, tahanan dipukul dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini, tular pula sebuah ciapan memaparkan beberapa keping gambar kononnya milik kanak-kanak Israel yang menjadi mangsa serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 lalu.
Arkeologi jumpa gigi kanak-kanak di bawah bangunan runtuh, sekali doktor gigi sendiri tampil beri penjelasan bahawa itu adalah penipuan Israel
Menerusi empat keping gambar yang dikongsi oleh @EylonALevy, kelihatan ia menunjukkan beberapa batang gigi dipercayai milik kanak-kanak Israel yang kononnya diserang Hamas pada 7 Oktober lalu.
"These are the murdered Israeli children of Kibbutz Be’eri. They were tortured, dismembered, and then burned to death. Archaeologists are sifting through the rubble to find their teeth. This was Hamas’ October 7 Massacre," katanya.
Walau bagaimanapun, seorang doktor gigi di Malaysia tampil menjelaskan bahawa itu 100% bukan struktur gigi kanak-kanak.
"No fam. That’s 100% NOT children’s teeth. Trust me, I work at a pediatric dental department. That’s a 4-unit dental bridge and it looked like it was perfectly debonded by a dentist. Btw, dental bridges are mostly done on adult patients.
"Also, a severed tooth that was caused by a blast will most probably be blackish or even fractured. Those pile of teeth on the side look like they were extracted probably due to caries or for being loose. In conclusion, the Zi0n*st$ are shamelessly lying to us every single day," katanya.
Malunya! Ingat senang-senang ke boleh tipu kami semua? Semoga kebenaran terbukti juga satu hari nanti. Amin!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!