seismik

"Hanya 15 Minit Ke Kapar" - WCE Highway Kini Tawar Tol Percuma Hingga 2 Januari 2024

Wah, bestnya tol free!

Cover image via CIDB & WCE

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah merasmikan pembukaan Seksyen 6, Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa, Lebuhraya WCE baru-baru ini

Difahamkan, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka secara rasminya kepada semua pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 pagi, 21 November 2023, Selasa.

Apa yang lebih mengujakan, pengecualian tol diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini sehingga 2 Januari 2024.

Image via WCE

Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini juga mempunyai sambungan secara terus dengan Lebuhraya LATAR yang menawarkan lebih rangkaian lebuh raya untuk kemudahan pengguna

Empat seksyen pertama Lebuhraya WCE telah dibuka sebelum ini pada tahun 2019 dengan melibatkan tiga seksyen di Negeri Perak iaitu:

- Seksyen 8 (Hutan Melintang – Teluk Intan)

- Seksyen 9 (Lekir – Changkat Chermin)

- Seksyen 10 (Changkat Chermin – Beruas)

- Seksyen 5 (Bandar Bukit Raja Selatan -Bandar Bukit Raja Utara)

Pembukaan Lebuhraya WCE juga akan membuat destinasi pelancongan lebih pesat

Antara tempat boleh dilawati Bandar Warisan Batu Arang, Bukit Malawati, Sky Mirror dan Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Selangor..

Dengan adanya Lebuhraya WCE Seksyen 6 ini, perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa, Ijok akan mengambil masa hanya 15 minit sahaja berbanding sebelum ini yang mengambil masa sebanyak 45 minit.

Selain itu, Perusahaan Kecil dan Sederhana juga akan mendapat manfaat daripada pembukaan lebuh raya ini.

Image via CIDB

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: