seismik

Suruh Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay, Sekali Cikgu Ini Pula Kena Hentam Dengan Netizen

Jangan gaduh-gaduh.

Cover image via @Cool_Wannabe82 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seluruh rakyat Malaysia tahu, konsert Coldplay akan diadakan pada 22 November ini di Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak yang masih menggesa kerajaan supaya batalkan konsert tersebut sebagai tanda menghormati rakyat Palestin yang masih bersedih dan diserang oleh rejim Zionis.

Namun, tular pula baru-baru ini mengenai seorang cikgu dikecam oleh netizen gara-gara dia juga mendesak agar konsert Coldplay tidak diteruskan di Malaysia.

Menerusi video yang dikongsi oleh @Cool_Wannabe82, kelihatan cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Ayu itu berkeras menyatakan dia membantah konsert Coldplay yang bakal berlangsung di Malaysia.

"Buktikan yang anda seorang Perdana Menteri yang baik dengan membatalkan program ini. Saudara Islam kita di Palestin tengah merana, berjuang untuk hidup. Tapi di Malaysia, ada Coldplay macam ni. Di mana menteri-menteri yang memperjuangkan hak agama Islam di Malaysia?," katanya.

Walau bagaimanapun, tindakan Cikgu Ayu itu diselar oleh netizen di laman aplikasi X.

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 3.3M views, 3.1K reposts dan 2.5K likes di laman X, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon terhadap Cikgu Ayu

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Lihat video itu di bawah:

Hmm. Apa pendapat korang?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: