seismik

Majlis Ulama ISMA Gesa Pihak Berkuasa Batalkan Konsert Coldplay Bagi Menghormati Palestin

Pihak MUIS berkata adalah tidak wajar bagi kumpulan rock Britain itu mengadakan konsert mereka di Malaysia ketika krisis sedang melanda di Palestin.

Cover image via Spotify & BH Online

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang diketahui umum, kumpulan rock Britain, Coldplay bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November ini

Image via Spotify

Walau bagaimanapun, Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) mengecam penganjuran konsert kumpulan muzik berkenaan yang akan dianjurkan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dalam suasana umat Islam di Gaza sehingga kini menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Menurut sumber, Pengerusi MUIS, Datuk Zamri Hashim meminta pihak berwajib membatalkan konsert itu bagi menghormati saudara Islam di Palestin yang sedang dibom dan diserang hingga melibatkan lebih 11,000 nyawa terkorban.

MUIS juga meminta semua umat Islam tidak terlibat dengan penganjuran konsert tersebut

Image via BH Online

"Penganjuran konsert yang dibawa khas daripada luar ini pada waktu peperangan yang sedang berlaku di Gaza yang telah meragut ribuan nyawa umat Islam adalah sangat bertentangan dengan nilai agama dan persaudaraan sesama Islam.

"Apatah lagi kumpulan itu terpalit dengan tohmahan menyokong arus songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya.

Timbalan Mufti Perak itu turut mengingatkan bahawa kelalaian umat Islam terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin adalah satu dosa pengabaian yang akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: