seismik

Kenapa Masjid Al-Aqsa & Palestin Penting Buat Orang Islam? Ini Perkara Yang Anda Kena Tahu

Jangan keliru dengan Dome Of The Rock.

Cover image via Nor Hasimah Yaakub (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seluruh dunia tahu, peperangan antara Israel dan Palestin masih belum nampak penghujungnya sejak awal Oktober lalu

Setiap kali peperangan ini terjadi, pasti timbulnya isu tentang Masjid Al-Aqsa, iaitu tanah yang ingin dihancurkan oleh Yahudi sejak dulu lagi. Namun, sehingga hari ni belum diizinkan Allah SWT. 

'Al-Aqsa' adalah perkataan Arab yang bermaksud tempat suci yang paling jauh atau masjid yang paling jauh. Ia terletak di Kota Lama Baitulmaqdis, Palestin.

Menurut sumber, Masjid Al-Aqsa adalah masjid ketiga paling suci dalam Islam. Sejak awal abad ketujuh, masjid ini memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan Nabi Muhammad (SAW).

Walau bagaimanapun, sehingga kini ramai masih keliru dengan rupa Masjid Al-Aqsa yang sebenar kerana tertipu dengan agenda bangsa Yahudi.

Kubah Masjid Al-Aqsa berwarna kelabu, bukan kuning keemasan

Image via Wikipedia

Bagi yang belum tahu, Masjid Al-Aqsa merangkumi keseluruhan kawasan yang luas, yang mana di dalamnya terdapat tiga buah masjid.

Pertama adalah Masjid Qubbat As-Sakhrah (Dome Of The Rock) atau umat Islam di Palestin memangilnya Masjid An-Nisa’ kerana kaum wanita bersolat di dalamnya. Ia telah dibina oleh Khalifah Malik bin Marwan pada tahun 69 hingga 75 hijrah.

Masjid Qubbat As-Sakhrah atau Masjid Batu ini juga dikenali dengan kubahnya yang berwarna kuning keemasan, berada di tengah-tengah kawasan Masjid Al-Aqsa.

Kedua adalah masjid yang kubahnya berwarna hijau tua iaitu Masjid Qibli, yang merujuk kepada qiblat pertama umat Islam atau juga dipanggil Masjid Juma’ah.

Di hadapannya pula adalah Masjid Umar, di mana Saidina Umar Al-Khattab bersolat di situ. Jadi, kesimpulannya ialah ketiga-tiga masjid ini adalah sebahagian daripada Masjid Al-Aqsa.

Kenapa Masjid Al-Aqsa dan Palestin perlu dipertahankan oleh umat Islam?

Sejak zaman Nabi Adam AS hingga Nabi Muhammad SAW), Masjid Al-Aqsa telah menjadi titik penting bagi banyak peristiwa Islam.

Rasulullah SAW telah berpesan kepada umat Islam supaya solat di dalam masjid kerana ia adalah lambang kebesaran Allah SWT dan merupakan salah satu daripada tiga masjid yang paling suci dalam Islam.

Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah di Makkah. Di sini jugalah tempat persinggahan perjalanan mulia kekasih Allah iaitu Isra dan Mikraj.

Di masjid ini juga, Baginda melakukan solat bersama dengan sekalian Nabi yang lain. Oleh sebab itu, terdapat banyak kepentingan bagi orang Islam untuk tetap mempertahankan Palestin dan Masjid Al-Aqsa.

Image via Wikipedia
Image via Wikipedia
Image via Wikipedia

Secara ringkasnya, umat Islam perlu mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Palestin adalah kerana:

- Masjid pertama sebagai kiblat umat Islam
- Tanah Para Anbiya’
- Pusat keamanan sejagat
- Orang yang tinggal di sana dikira sebagai orang yang berjihad
- Hak orang Islam sehingga Hari Kiamat
- Tanah yang diberkati Allah
- Ibu negara Umat Islam pada akhir zaman

Image via Wikipedia
Image via Wikipedia
Image via Wikipedia
Image via Wikipedia

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat. Jika anda nampak ada yang keliru lagi, jangan lupa jalankan tanggungjawab untuk tunjuk rupa sebenar Masjid Al-Aqsa. Mari kita doa sama-sama agar bumi Palestin sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

You may be interested in: