seismik

Stress Kawan Bantai Nyanyi Ikut Tempo Sendiri, Ramai Boleh Relate Dengan Video Gadis Ini

Redha jelah kak.

Cover image via @nadaurellia (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai di antara kita suka menyanyi di dalam kereta untuk menghilangkan rasa bosan atau mengantuk semasa memandu betul tak?

Sesi 'melalak' akan menjadi lebih rancak apabila ditemani dengan kawan-kawan yang suka menyanyi seperti kita.

Namun, lain yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila seorang gadis pasrah kawannya selamba menyanyi ikut tempo sendiri ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah destinasi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadaurellia, kelihatan gadis itu sedang menyanyi sebuah lagu Afgan bersama kawannya di dalam kereta.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah ketika mereka sedang sakan menyanyi bersama, kawannya itu tiba-tiba mengubah tempo sehingga membuatkan dia terpinga-pinga tentang alunan sebenar lagu terebut.

"Sama macam member I sis, penat nak kejar key dia" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 128.9K tanda suka serta 1.3K perkongsian di TikTok.

Manakala, rata-rata warganet turut terhibur dan ada yang boleh relate dengan situasi gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Muka tu nampak sangat tengah tahan geram :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: