"Penyakit Ain ProMax" - Parodi Lelaki Murung Sebab Nak Kahwin Lain Ini Buat Ramai Terhibur
Hati-hati dengan penyakit 'ain'.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Isu poligami dan kahwin dua sememangnya menjadi sangat sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya para wanita
Walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, namun bukan semua wanita rela untuk bermadu dan berkongsi kasih sayang suami dengan orang lain.
Baru-baru ini, tular mengenai pempengaruh Islamik, Alif Teega yang mengaku sudah berkahwin dua telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet di media sosial.
Ramai tidak menyokong tindakannya yang berkahwin lain ketika isterinya, Aisyah sedang mengandung lima bulan. Walhal, Aisyah ingatkan suaminya itu terkena penyakit ain selama ini.
Susulan tularnya isu rumah tangga mereka, ramai dilihat mengulas mengenai poligami. Malah, ada juga yang sempat membuat parodi tentang lelaki yang ingin berkahwin lain.
Menerusi parodi yang dimuat naik oleh @dd_chronicle, kelihatan lelaki itu melakonkan situasi seorang wanita datang berjumpa dengannya yang membawa watak sebagai ustaz untuk menyelesaikan masalah penyakit ain yang menimpa suaminya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia memberitahu bahawa suami wanita itu mengalami penyakit 'ain pro max' dan menjadi murung kerana ingin berkahwin lain. Perkara itu turut diakui oleh suaminya sendiri.
"Laju bro buat parodi. Sekarang tak payah tengok drama TV3, kat TikTok dah banyak drama dunia" - Netizen
Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih 361.9K tontonan, 20.8K tanda suka serta 2.1K perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur dan boleh relate dengan parodi tersebut yang seolah-olah ingin ditujukan buat Alif Teega.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!