seismik

[VIDEO] "Susuk Tubuh Yang Dirindui" - Keadaan Terkini Pak Lah Buat Ramai Tersentuh

Semoga sihat selalu Pak Lah.

Cover image via @romyirwanshah9977 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok memaparkan keadaan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil Pak Lah

Menerusi perkongsian video oleh pengguna bernama @romyirwanshah9977, kelihatan bekas Perdana Menteri ke-5 itu sedang berada di atas kerusi roda dalam keadaan yang agak uzur.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican turut dilihat menyambut ketibaan Pak Lah sebaik saja beliau keluar dari kenderaannya.

Pak Lah yang juga merupakan bapa mentua kepada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilihat berada dalam keadaan yang lemah selepas menyepi bertahun-tahun daripada dunia politik.

Difahamkan, kehadiran Pak Lah di The TL House Puncak Bukit Birut, Sungai Petani, Kedah itu adalah untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-84 pada 26 November 2023.

"I miss you our #PM5 #PakLah #TunAbdullahAhmadBadawi. Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Pak Lah yang ke-84 dari kami seluruh rakyat Malaysia," tulisnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai mendoakan agar Pak Lah kembali sihat seperti sedia kala dan dipanjangkan umurnya

Tidak kurang juga, ada yang berterima kasih atas jasanya semasa memimpin Malaysia suatu ketika dulu.

Lihat video itu di bawah:

@romyirwanshah9977

i miss you our #PM5 #PakLah #TunAbdullahAhmadBadawi Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Pak Lah yang ke 84 dari kami seluruh rakyat Malaysia...

original sound - ROMY IRWAN (Saga Grab Driver) - ROMY IRWAN SHAH

Sebak pula tengok keadaan Pak Lah. Semoga sentiasa dilindungi dan diberi kesihatan yang baik seperti dulu, amin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: