seismik

Lepas Mengaku Dah Kahwin Lain, Adik Aisyah Hijanah Dedah Abang Ipar Rupanya 'Kaki Pukul'?

Hmm. Semoga Aisyah terus kuat.

Cover image via @amiruladnirustam (Instagram) & @alifteega (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak semalam, tular isu hangat tentang pempengaruh Islamik, Alif Teega yang mengaku sudah berkahwin dua menerusi posting di Instagramnya

Difahamkan, Alif yang merupakan suami kepada Aisyah Hijanah telah mendirikan rumah tangga dengan pekerja mereka sendiri yang bernama Fatin Umaidah.

Ekoran pengakuan Alif itu, dia telah dihentam teruk oleh netizen di pelbagai media sosial terutamanya di Instagram, X, dan TikTok kerana tindakannya yang sangup menduakan Aisyah ketika isterinya itu sedang hamil anak ketiga mereka.

Terbaru, adik Aisyah dedah kakaknya itu sering menjadi mangsa pukul Alif

Apa yang mengejutkan lagi adalah adik kepada Aisyah yang bernama Amirul Adni tampil mendedahkan perangai abang iparnya itu yang selama ini dikatakan sering memukul kakaknya. 

Menurutnya, seluruh ahli keluarga Aisyah sendiri pernah menyaksikan apa yang Alif telah lakukan kepada isterinya itu.

Amirul juga telah mendedahkan wajah Fatin Umaidah, wanita yang telah mengganggu rumah tangga Aisyah dan Alif sejak setahun lalu.

Tak sangka semua ni terjadi pada Aisyah. Semoga Aisyah terus tabah lalui dugaan berat ini dan dapat buat keputusan yang wajar di masa akan datang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: