seismik

Video 2 Lelaki Solat Hormat Waktu Ini Buat Netizen Ingat Allah Walaupun Sibuk Cari Rezeki

Alhamdulillah. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan.

Cover image via @chibbyfifi_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap umat Islam sedia maklum bahawa solat lima waktu adalah wajib dalam kehidupan seharian kita

Namun begitu, tidak dinafikan kadangkala kita ada terlepas atau terlewat menunaikan solat atas urusan lain. Jadi, kita perlulah mengganti semula solat yang tertinggal itu.

Lain pula dengan sebuah video tular ini apabila dua orang lelaki dirakam menunaikan solat hormat waktu di dalam kereta api telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsi oleh @chibbyfifi_, kelhatan dua lelaki itu sedang menunaikan solat hormat waktu semasa dalam perjalanan ke tempat kerja mereka.

Apa yang menyentuh hati adalah apabila si perakam memberitahu itu bukan kali pertama dia melihat situasi tersebut, tetapi ia sudah menjadi rutin mereka berdua setiap kali naik tren di awal pagi.

"This is not my first time. Ni boleh dikatakan routine daily yg As akan lihat ketika naik tren awal pagi. Tiap kali Subuh (5.49AM) mereka akan terus solat. You know how I'm crying inside, susah cari rezeki masih tetap menjaga perintah Allah SWT. Samoga Allah selalu menjaga semua yang menjaga solat mereka. Amin," katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 661.5K views, 56.3K likes serta 1K shares di TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tersentuh melihat cara dua lelaki itu menjaga solat mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@chibbyfifi_

This is not my first time.. Ni boleh d katakan routine daily yg As akan lihat ketika naik tren awal pagi. tiap kali subuh (5.49am) mereka akan terus solat. U know how im crying inside, susah cari rezeki masih ttp menjaga perintah Allah swt. Smoga Allah selalu menjaga smua yg menjaga solat mereka Amin Yra.. Maaf rekod video senyap, but this video naikkan semangat dan mengigatkan jangan pernah leka dan lalai tentang solat. For those yang kenal mereka. ucapkan terima kasih As dan family kepada mereka. #solat5waktujanganditinggal #solat #kehidupandidunia #travel #ktmb #terimakasih #rakyatmalaysia #masukfyp #tiktokmalaysia

PadaMu Kubersujud - Religi Islam - Afgan

MashaAllah. Contoh yang sangat baik, terima kasih abang berdua sebab ingatkan kami!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: