Pasrah Tengok Coldplay Dari Luar, Wanita Tak Sangka Dapat Tiket Last Minute Standing Zone
Rezeki tak salah alamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil telah berlangsung dengan meriahnya baru-baru ini
Seramai lebih 75,000 penonton hadir untuk menyaksikan kumpulan kegemaran mereka itu buat pertama kali setelah menunggu selama 27 tahun untuk membuat konsert di Malaysia.
Pun begitu, ramai juga yang menunggu di luar stadium dan hanya mendengar lagu-lagu Coldplay secara langsung dari sana kerana tidak dapat membeli tiket.
Namun, seorang wanita ini berkongsi kenangan manis apabila dia tiba-tiba disapa seseorang untuk membeli tiket last minute di bahagian standing zone.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aqeelazz39, kelihatan pada mulanya wanita itu pasrah tak ada tiket dan hanya duduk di luar stadium saja untuk mendengar lagu Coldplay secara live.
"Pergi stadium pukul 8.30 husband hantar naik motor dengan redha tak ada tiket so memang niat duduk luar stadium je dengar.
Bila sampai je stadium Coldplay dah start menyanyi tiba-tiba ada pak cik approach jual standing zone for half price memang rezeki!! Terus masuk tak perlu beratur," katanya.
"What a beautiful unexpected sis, you deserve this! Jealousnya!" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 119.1K tontonan, 6.9K tanda suka serta 119 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut berasa gembira buatnya.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!