"Bukan Tak Suka, Cuma Tak Kena" - Emma Maembong Ditegur Berjoget Promote Hoodie Palestin
Tak dinafikan, hoodie tu cantik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selain daripada berdoa buat rakyat Palestin, ramai pihak menunjukkan solidariti dengan mengibarkan bendera dan memakai pakaian bertemakan bendera negara itu
Tidak kurang juga, terdapat influencer dan artis yang sempat menjual barangan bertemakan bendera Palestin seperti baju, hoodie, mafla, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini pelakon Emma Maembong dikritik gara-gara memakai hoodie bendera Palestin sambil berjoget di video yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan Emma menari bersama keluarganya sambil memakai hoodie bercorak bendera Palestin.
Namun begitu, caranya mempromosikan hoodie itu telah membuat segelintir netizen kurang senang melihatnya dan merasakan dia tidak menjaga sensitiviti rakyat Palestin yang masih berduka. Tidak kurang juga, ramai yang tertarik untuk membeli hoodie tersebut.
"Baju tu dah Palestin, tapi bila bergelek-gelek macam ni. Sorry, bukan tak suka Emma tapi just tak kena. Please, yang dekat sana tengah bersedih" - Netizen
Sementara itu, berikut di bawah adalah antara komen lain daripada netizen di Instagram:
Harap lepas ini orang lain pun ambil iktibar dan lebih cakna sebelum post apa-apa konten di media sosial lebih-lebih lagi isu tentang Palestin.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!