seismik

Gadis Ini Diganggu Lelaki Tak Dikenali Dekat Parking Lot, Siap Ikut Sampai Masuk Mall

Bahaya betul, nasib baik ada kawan-kawan dia.

Cover image via @qstiena__ (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, memang bahaya jika berjalan seorang diri di mana-mana saja termasuklah tempat awam

Khususnya buat para wanita. Seeloknya, elakkan berjalan seorang diri dan sentiasa pastikan anda berteman ke mana saja anda pergi kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang gadis merakam situasi ketika dirinya diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenali di parking lot pusat beli-belah telah mencuri tumpuan ramai.

Image via @qstiena__ (X)

Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat itu, lelaki berkenaan dikatakan menunggu sehingga gadis itu keluar daripada kereta untuk meminta nombor dengan tujuan ingin berkenalan.

Namun, apabila kawan gadis itu memberitahu bahawa dia sudah berpunya dan tidak lama lagi akan berkahwin, lelaki itu dilihat masih tidak berputus asa untuk mencuba nasib berkenalan dengannya.

Malah, dia sempat mengambil gambar mereka secara senyap dan mengikut mereka sehingga ke dalam pusat beli-belah tersebut.

Insiden tersebut membuatkan gadis itu trauma dan dia sempat membuat laporan kepada security guard di sana. Namun, guard itu yang berasal dari Bangladesh seolah-olah tidak faham apa yang sedang berlaku.

Image via @qstiena__ (X)
Image via @qstiena__ (X)

"Sumpah scary. Kalau aku dari awal dah keluar cari mall lain" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.3M views dan 7.5K reposts di laman aplikasi X.

Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai insiden yang berlaku kepada gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via @qstiena__ (X)
Image via @qstiena__ (X)
Image via @qstiena__ (X)
Image via @qstiena__ (X)
Image via @qstiena__ (X)

Lihat video penuh di bawah:

Takut tengok lelaki macam ni. Hati-hati semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: