PUNB Sambut Baik Peruntukan RM500 Juta Belanjawan 2027, Buka Akses Pembiayaan Lanjut
Peningkatan peruntukan ini mencerminkan kepercayaaan dan keyakinan tinggi kerajaan terhadap peranan PUNB.
Cover image via PUNBFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyambut baik Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam
Menerusi belanjawan bertemakan "Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi" tersebut, kerajaan telah meningkatkan dana pembiayaan PUNB kepada RM500 juta berbanding RM350 juta sebelum ini.
Peningkatan peruntukan ini mencerminkan kepercayaaan dan keyakinan tinggi kerajaan terhadap peranan PUNB dalam memperkasa usahawan Bumiputera di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin berkata, PUNB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan, khususnya YAB Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan, atas kepercayaan ini. Pihaknya memberi jaminan bahawa amanah ini akan dilaksanakan dengan penuh integriti, berteraskan tata kelola yang baik dan telus, supaya setiap ringgit sampai kepada usahawan yang layak.
"Usahawan Bumiputera hari ini sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh, bukan sekadar sebagai pembekal, tetapi sebagai peneraju industri yang memacu inovasi dan automasi bertaraf global. Tanggungjawab PUNB adalah untuk memastikan mereka mendapat sokongan setimpal dengan cita-cita tersebut.
"Sebagaimana yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri di SParK 2026, PUNB tidak akan bergerak bersendirian, sebaliknya akan memperkukuh sinergi dengan agensi kerajaan yang lain agar sokongan itu memberi kesan nyata kepada usahawan," katanya dalam satu kenyataan media.

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin
Image via NSTP/SYARAFIQ ABD SAMADTenaga baharu dan industri bernilai tinggi amat bertepatan dengan peranan PUNB dalam memperkasa usahawan Bumiputera menggapai pasaran bernilai tinggi
Peningkatan dana ini merupakan kesinambungan komitmen yang dizahirkan pada Majlis Perasmian SParK 2026, apabila YAB Perdana Menteri mengiktiraf keberkesanan pelaksanaan program pembiayaan PUNB serta menyatakan kesediaan kerajaan mempertimbangkan peningkatan pembiayaan, tertakluk kepada prestasi dan keberkesanan pelaksanaan mandat PUNB.
Tumpuan Belanjawan 2027 terhadap agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35), serta usaha melonjakkan negara dalam semikonduktor, kecerdasan buatan, tenaga baharu dan industri bernilai tinggi amat bertepatan dengan peranan PUNB dalam memperkasa usahawan Bumiputera menggapai pasaran bernilai tinggi, sambil memastikan perniagaan mereka kekal berakar kukuh melalui pembiayaan yang mampan dan pembangunan kapasiti yang berterusan.
Sepanjang 2026, PUNB telah melaksanakan penjajaran semula skim pembiayaan perniagaannya, iaitu PROSPER GROW, PROSPER GREAT dan PROSPER IMPACT/NOVA. Pada masa sama, PUNB turut melancarkan tiga produk baharu di bawah PROSPER GROW, iaitu PROSPER GROW BIZ EXPRESS, PROSPER GROW FUEL UP dan PROSPER GROW AUTO BIZ, bagi memperluas akses pembiayaan kepada usahawan pada pelbagai peringkat perniagaan.
PUNB kekal komited menyokong aspirasi Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 dan akan memperincikan inisiatif selaras dengan Belanjawan 2027 dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.punb.com.my!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


