seismik

Minah Salleh Ini 'Claim' Hiasan Krismas Di Shopping Mall Malaysia Lagi Cantik Dari US

Malaysia bukan biasa-biasa tau!

Cover image via @lilithinkl (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu, apabila tibanya perayaan Krismas di Malaysia, pusat beli-belah di negara ini akan all out dari segi hiasan untuk tarikan para pelancong

Jadi, tidak hairanlah jika seorang model dan pempengaruh Amerika ini pun terpaku melihat dekorasi cantik di salah satu pusat beli-belah yang dikunjunginya.

Menerusi video berdurasi 1 minit yang dimuat naik oleh @lilithinkl, dia meluahkan rasa kagumnya tentang berapa lama rakyat Malaysia menghiasi perayaan Krismas.

Wanita itu berpendapat bahawa rakyat Malaysia lebih hebat daripada rakyat Amerika dalam kreativiti mereka menghias untuk Hari Krismas.

Bukan itu saja, dia juga mengatakan hiasan pusat beli-belah di Amerika tidaklah semewah yang ada di Malaysia.

Malah, Lilith ada menyebut dalam videonya bahawa dia tidak pernah melihat pokok Krismas setinggi di Esplanade KLCC, yang terletak di luar pusat beli-belah itu.

"We are multiracial country, we stand together to celebrate every celebration sis. This is Malaysia!" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih 952.2K tontonan, 68.8K tanda suka serta 984 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai POV wanita itu.

Lihat video itu di bawah:

Tak dinafikan, dekorasi mall dekat Malaysia memang cantik-cantik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: