seismik

Nasi Lemak Village Park Terpapar Di Billboard New York Times Square. Tahniah!

Bangga bila produk Malaysia dah sampai level international.

Cover image via Marketing Interactive

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, Village Park Restaurant telah dipaparkan di papan iklan di Times Square, New York

Menurut eCommerceNews Asia, restoran itu merupakan antara 53 pengeluar makanan Asia Tenggara yang dipilih sebagai paparan LED di Times Square sebagai sebahagian daripada kempen Grab.

Kempen tersebut bertujuan untuk menyerlahkan masakan yang pelbagai di rantau ini dan pilihan makanan yang luas tersedia menerusi aplikasi Grab.

Village Park telah dipilih untuk mewakili hidangan klasik Malaysia iaitu nasi lemak ayam goreng.

"Kami amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai salah seorang wakil kulinari yang dihormati di Malaysia, berdiri dengan bangga di kalangan 53 restoran terkemuka di seluruh Asia Tenggara yang dipaparkan di Menara Nasdaq yang tersohor di tengah-tengah Times Square yang ikonik di New York City," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: