Antara ‘Highlights’ Tumpuan Belanjawan 2027 Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM459.8 bilion bagi Belanjawan 2027.

Cover ImageCover image via Bernama & JaPen

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM459.8 bilion bagi Belanjawan 2027, meningkat sebanyak RM40.6 bilion berbanding tahun sebelumnya

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan MADANI Kelima bertemakan "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi" itu memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang upah rakyat di samping menstruktur semula sistem percukaian negara.

Jelas beliau, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan terletak pada besarnya angka atau tebalnya dokumen dasar, sebaliknya sejauh mana ia menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah.

"Ukuran Belanjawan bukan pada tebalnya dokumen, besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman.

"Ukurannya malah jauh lebih asas, yakni adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah, dan apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi,"
katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Antara highlights tumpuan Belanjawan 2027

1. Gaji Minimum Bakal Naik Kepada RM2,000 Sebulan Mulai Jun 2027

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa mulai Jun 2027.

Ia bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan pekerja dan merapatkan jurang antara produktiviti dengan upah.

Langkah itu diambil susulan beban kos sara hidup yang semakin meningkat apabila pendapatan rakyat dilihat tidak berkembang seiring dengan kenaikan harga barangan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Bernama

2. Had Pelepasan Cukai Individu Dinaikkan Daripada RM9,000 Kepada RM12,000

Jumlah tersebut dinaikkan kepada RM12,000 daripada RM9,000.

Peralatan sukan juga meliputi pembelian kasut sukan. Yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak.

Gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.

3. STR SARA Dinaikkan Kepada RM150 Sebulan Atau Sehingga RM1,800 Setahun

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) SARA 2027 akan dinaikkan kepada RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun.

Penerima akan menerima STR SARA sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dekad Merdeka. Ini akan memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan M40.

4. Hampir RM1 Bilion Disediakan Untuk Projek Perumahan Rakyat

Kerajaan meneruskan usaha membantu rakyat memiliki kediaman sendiri menerusi pelbagai inisiatif perumahan, termasuk pembangunan projek baharu, jaminan pembiayaan serta pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama.

Inisiatif yang diumumkan ialah pembangunan Bandar MADANI Bukit Jalil sebagai kawasan kediaman lengkap dengan pelbagai kemudahan, termasuk sekolah vertikal.

Pendaftaran Fasa 1 bagi projek berkenaan akan dibuka mulai Isnin ini.

5. Elaun OKU Terlantar & Pesakit Kronik Dinaikkan Daripada RM500 Kepada RM600 Sebulan

Menerusi pembentangan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dalam Belanjawan 2027 hari ini, peningkatam itu meningkat daripada RM500 kepada RM600 sebulan.

Tambah beliau, ambang pendapatan bagi melayakkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya ditingkatkan daripada 1,700 kepada 2,000 ringgit.

6. Bantuan Awal Persekolahan One-Off Naik Daripada RM150 Kepada RM200

Keluarga dengan empat orang anak akan menerima RM800 untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027.

Pemberian elaun sara hidup kepada pelajar Tingkatan Enam berjumlah RM2,500.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Sinar Harian

7. Bantuan Awal Persekolahan One-Off Naik Daripada RM150 Kepada RM200

Bantuan awal persekolahan ditingkatkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid.

Perkara ini membolehkan keluarga dengan empat orang anak akan menerima RM800 untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027.

8. Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara Dinaikkan Dari RM30 Ke RM100

Kerajaan telah meningkatkan insentif perkhidmatan kesihatan udara daripada RM30 kepada RM100.

Kerajaan MADANI bagi tahun 2027 akan memastikan lebih 9,000 lagi doktor kontrak akan ditawarkan kepada jawatan tetap.

Ini bermakna doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap pegawai perubatan.

9. Pelan MediAsas Dilancar Januari 2027, Premium Mampu Milik Untuk Rakyat

Pelan MediAsas mulai Januari 2027 pada harga mampu milik bagi membantu rakyat mengawal kos rawatan hospital berdasarkan jenis diagnosis dan rawatan.

Ahli KWSP berusia bawah 55 tahun dibenarkan membayar premium menggunakan Akaun Sejahtera.

Kerajaan akan menyubsidi premium tahun pertama sebanyak RM200 bagi setiap pekerja, terhad kepada 50 pekerja setiap syarikat. Inisiatif itu dijangka memanfaatkan sehingga 200,000 pekerja.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan

Image via Utusan Malaysia

10. Kerajaan Tawar Rebat NUR MADANI RM200 Beli 'Aircond' & Peti Sejuk Cekap Tenaga

Rebat hingga 200 ringgit diberikan kepada pembeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga.

Anwar turut mengumumkan galakan cukai ditambah baik dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2030 bagi menggalakkan lebih banyak syarikat beralih kepada teknologi hijau dan lestari.

11. Penangguhan Bayaran Balik Kepada Peminjam PTPTN Bergaji Bawah RM2,500 Sebulan

Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan mulai 2027.

Bagi peminjam yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan pula, bayaran balik minimum hanya RM50 akan dikenakan.

12. Kerajaan Bakal Pinda Akta Wajibkan Pemandu Mabuk Untuk Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa.

Sistem telematik juga akan diwajibkan kepada kenderaan perdagangan untuk memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk menghubungkan dengan alat pengesan alkohol sebelum pemandu memulakan perjalanan.

13. Tiket Filem & Teater Tempatan Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan Mulai 2027

Lebih RM130 juta bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif dalam usaha mengangkat nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Inisiatif itu turut bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta mengetengahkan kisah, budaya dan identiti negara menerusi karya kreatif.

SAYS.com
Image via Pexels via FMT Malaysia

Follow SAYS on Instagram, Facebook, and TikTok for updates!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: