seismik

"Kenapa Zoom Gigi?" - Nyanyi Lagu Jepun, Syada Amzah Sekali Lagi Dikritik Ramai Netizen

Kesian pula dekat dia.

Cover image via @AbudiAlsagoff (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bulan lalu, adik kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Syada Amzah telah dikecam oleh netizen gara-gara cubaannya menyanyi lagu Arab dikatakan sumbang

Baru-baru ini, tular pula videonya menyanyikan lagu Jepun popular iaitu 'Mirai e' di laman aplikasi X.

Namun begitu, sekali lagi dia menerima kritikan dan kutukan hebat daripada netizen kerana ramai berpendapat dia tidak sesuai menjadi seorang penyanyi.

Menerusi klip berdurasi 15 saat itu, Syada dilihat memakai Kimono berwarna merah sambil menghayati lagu yang dinyanyikannya.

Walau bagaimanapun, para netizen dan haters mengecam suaranya seolah-olah dia tidak sesuai membuat cover apa-apa lagu.

Malah, ada yang mengatakan editor video tersebut sengaja 'membahan' giginya yang dikatakan kuning dengan merakam secara dekat ketika Syada menyanyi.

"Sedap je tona suara dia kalau dia bukan problematic" - Netizen

Dalam pada itu, ada juga yang memuji suaranya baik-baik saja sekiranya dia bukan seorang yang problematic. Hal ini ekoran isu keluarga mereka yang pernah tular beberapa bulan lalu.

Berikut di bawah adalah antara komen netizen di laman X:

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: